erm2. saya jadi suka pada satu lagu ni. surgamu by ungu. nak tau camna boleh jatuh tangga chenta sama ini lagu?
semalam, pergi makan pece lele kat kedai sebelah berkat( pece lele tu sambal ikan keli.lele tu panggilan ikan keli kt sini) pergi berjemaah bersama2 dengan permata hati.kami berenam semuanya. makan sambil eratkan ukhuwah.ukhuwah itu indah.=)
petang tu macam hari2 biasa, angin bayu sepoi2 bahasa menampar enak pipi. cik zaza dah berkali2 mengatakan sejuk. subhanallah, angin petang di sini memang nyaman. tambahan lagi dengan kawasan berbukit2 di sekeliling menambahkan lagi kedinginan itu.cuaca sungguh cerah seperti menyambut keberangkatan kami ke kedai makan itu.haha
sampai kat gerbang, naik angkot ramai2.dan tetiba ada seorang pakcik duduk kt pintu angkot ni. membawa alat muzik.erm, tamborin ke? saya xnmpak sbb duduk jauh ke dalam. bunyi dia ala2 tamborin or loceng2 tu.sesiapa yg sekali g mkn semalam tolong betulkan eh.hehe
dia start nyanyi satu lagu...
Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milik-Mu
Kuhanya hamba-Mu yang berlumur dosa
Tunjukan aku jalan lurusmu
Tuk menggapai surga-Mu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku
Karena kutahu Hanya Kau Tuhanku
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Kumemuja-Mu di setiap waktu
Hanyalah pada-Mu tempatku beteduh
Memohon ridho dan ampunan-Mu
saya tanye kat kawan2, sapa bawak lagu ni?? dorang pun jawab ungu.kalau xsilap tajuk dia surgamu.saya pernah dengar lagu ni. tapi xpernah nak menghayati liriknya. dan petang itu, pakcik ni bagaikan membagi tazkirah di dalam angkot. bagi saya la.tatau la kawan2 lain rasa cmne.suaranya tidak la macam suara vokalis st 12, tidaklah se gah linkin park menyanyikan in the end(eh, ni cm old skul jek.sdh lame xikut pkmbgn lagu omputih! haha) tidak juga se'jiwang' MLTR menyanyikan thats why u go away.
tapi dan tapi, dia menyanyi seperti punya penghayatan sehingga saya sendiri tersentuh.
Kuhanya hamba-Mu yang berlumur dosa
dosaku.dosaku.ya Allah..
Tunjukan aku jalan lurusmuTuk menggapai surga-Mu..
andai Allah membiarkan diri ini,siapakah lagi yang boleh memandu ke jalanNya..
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Kumemuja-Mu di setiap waktu
Hanyalah pada-Mu tempatku beteduh
Memohon ridho dan ampunan-Mu
adakah setiap tindakan saya mendapat redhaNya?? cepat2 saya betulkan niat. seringkali apabila keluar atau melakukan sesuatu tidak pernah tidak untuk meluruskan niat. makan berjemaah itu sungguh indah kerana boleh menguatkan lagi ikatan ukhuwah yg telah terbina. tapi bertambah lagi makna dan pahalanya andai diniatkan kerana Allah....
sungguh saya terkesan. hati yang selama ini terkadang cukup keras untuk memberi seolah2 cair dengan sentuhan pakcik tu.berkobar2 utk menghulurkan barang sedikit.
terima kasih pakcik. kala tengah riang gembira setelah habis exam dengan pelbagai bnda yg lagha yang dibuat, saya kembali semula.. persembahan yg cukup mantap walaupun sejenak cuma.
moga Allah merahmatimu..
p/s: terima kasih kpd yg menjemput saya utk makan bersama2. next time kte jungle trekking lak eh. sambil2 melihat keindahan alam..=)
p/s2: balik2 jalan kaki best gak rupanya..hehe




2 comments:
erm..setiap lirik lagu atau nasyid tu tak bermakna kalau tak dihayati..kalau sekadar dengar..tak bes la..lebih seronok kalau difahami maknanya..
macam tu jugak dengan AQ kan..walaupun dah baca 100 kali..kalai dibaca tanpa pemahaman..tak bermakna kan..tapi bacaan sekali bserta tadabbur tu lebih baik..
jzkk atas peringatan..mmg kne slalu jaga niat..nk pg jatos pn kne dgn niat yg baik..
p/s:balik jalan kaki tu bes sebab bejalan bedua dgn saya..kalau naik angkot sama saya best jugak..yang penting saya ada..hehehe..
p/s2:kalau mau ke sukawening lagi, sila ajak saya..takut kamu sesat lagi lalu terbelok ke arah yang salah..nnt tiada siapa mahu membantu kamu dah..
p/s3:masih terasa menyesal tak diam je waktu kamu salah jalan tu..hahaha..kalau tak mungkin kamu tak dapat tidur sblh saya smlm..lalla~
saya setuju sama kamOo..
memang tepat analogi tu.
kalau xhayati betul2 memang xbermakna.
saya punya azam baru.doakan semoga saya istiqamah ye..=)
p/s: kamOo jangan perasan lebih2 ye.best sbb hirup angin petang. bkn sbb kamOo.hak3
p/s2: haha.xdenya sesat lagi.tu cuma gimik okay~~
p/s3: andai kamoO berdiam diri saya still bole carik jalan klua. tp, kamOo pasti akan rindu saya jika pkara itu terjadi.huhu
[ayat skema.=)]
Post a Comment