tapi
ada satu entry yang dah terlalu lama disimpan.bukan dalam draft tapi ada perjanjian dgn diri sendiri utk entry ini. khas buat insan yang bergelar ayah. abah. bapak.papa. apa2 sahaja gelarannya dia lah tunjang kepada sebuah institusi keluarga. ketua keluarga yg kadang digeruni tapi sangat menyayangi keluarganya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
APAK SAYA
tanggal 2 jun hari tu, bfday ayah. saya panggil ayah dengan panggilan apak. kebanyakan anak-anak di sarawak memanggil dengan panggilan itu. xkisahla apa2 pun kan.
saya call dia. dengar suara dia. buat dia hepy. wish dia. ungkap terima kasih kat dia. ayah saya bukanlah dari keluarga yang berada. dia anak ketiga dari 4 org adik beradik. dia dipanggil pak yak oleh anak2 saudaranya. hensem.bergaya. walaupun usia sudah mencecah lebih dari separuh abad. tidak pernah merasa hendak duduk diam di rumah.ada saje pekerjaan yg ingin dikerjakan. sayang sangat dengan kebun2 dia yang xla sebesar mane..
saya dengan dia macam saya dengan mak. saya bukan anak mak or anak apak. tapi dua2 nya seimbang.rapat la jugak.macam dengan mak jugak. dia xdelah nak kongkong hidup kami adik beradik sangat.tapi dia xsuka kalau kami buat benda yang sah2 salah. kalau dah salah tu baik mengaku daripada teruk kena marah.
garang dia bertempat. mesra dia xpernah hilang. bila berkumpul ramai2 ade saje cerita yang akan dikeluarkan yang bisa membuatkan kami xkering gusi. pendek kata apa sahaja yang apak ceritakan waima berunsurkan lawak punya motif dan pandangan yang dia mahu kami lihat sepertimana dia melihat. begitu dia mendidik.tidak terlalu keras tapi cukup menyenangkan walaupun dia tahu kekadang tu ade je melawan. tapi apak tegas.jangan main2!
dia sangat jauh.namun jarak bukan ukuran. hati kami saling bertautan. setiap kali selepas solat tidak pernah tidak saya mendoakan kesejahteraan mereka. begitu tinggi kecintaan saya pada dia dan juga mak.kata2 dia jadi pembakar semangat yang terkadang bisa luntur dek kerana rapuhnya hati.
" belajarlah baik2.biar dapat tolong apak n mak sekolahkan adik2. jgn jd mcm apak yg xberpelajaran.."
sayu hati saya mendengarnya.begitu tinggi harapan dia.mak juga. mau melihat anak2 berjaya. itu sudah cukup untuk kebahagiaan mereka. tapi saya?seringkali lupa akan itu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HARI BAPA
saya tatau bila hari bapa.yang pasti bulan jun. ada yang kata minggu ketiga bulan jun. tapi adik saya sudah wish last week! adakah saya tertinggal??
tadi call mereka yang saya sayang..
"hari ahad aritu adik call, wish selamat hari bapa kt apak. "
saya jd terpempan.hmm, saya lupa! ya Allah, knp bila hari ibu saya ingat tapi hari bapa saya bisa lupa??
berkali-kali saya meluahkan rasa bersalah kt apak.tapi dia tidak kisah. sedikit pun tidak marah.tapi hati kecil dia siapa tau?? huhu
" takpe, apak tau kamu bz..xpela.asalkan kamu ingt kt apak itu dah cukup baik.."
ya Allah, apa yang saya bz kan sampai lupa seorang ayah?? betul2 terpukul dengan kata2 apak. walaupun dia seumpama tidak kisah tapi saya sebagai anak begitukah cara membalas jasa apak?
hampir mengalir air mata tatkala apak berkata sedemikian. alangkah teruknya diri sehingga boleh terlupa hal sebesar itu..
dia tidak pernah lupa akan anak2nya.tidak pernah lekang bibirnya mendoakan anak2nya. tidak pernah tidak hati dia gundah memikirkan keadaan anak2nya. tidak pernah tidak jiwanya resah memikirkan cara membahagiakan keluarganya.
tapi sebagai anak apa yang saya lakukan? hari bapa walaupun bukanlah wajib tapi merupakan satu aspresiasi penghargaan buat dia yg terlalu banyak berkorban utk keluarganya. satu bentuk penghargaan yang saya kira mmg perlu dibuat. betapa kita sedaya membalasnya takkan pernah mampu utk membalasnya..hanya doa yang terbaik buat dia serta kebahagiaan yang diidamkan.
tapi hari-hari adalah hari bapa!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KASIH SAYANG APAK
saya ingat lagi, masa kecik2 dulu apak pernah dukung saya adik beradik pegi sekolah waktu kampung dilanda air bah.
saya ingat lagi, bila apak balik je dari tempat kerja, dia pasti akan bawakan aiskrim dan roti utk kami yg kt rumah. masa tu tunggu apak balik sbb nk mkn aiskrim.haish, xsenonoh!
saya ingat lagi, masa nk antar saya g sekolah pernah motosikal apak mati tengah jalan sebab hujan sangat lebat. apak tolak motor sampai ke sekolah saya. bukan nye dekat. lepas tu dia kata,
"masukla kt asrama.dah menggigil dah tu. jap g hiduplah motor ni dan leh la apak balik.jangan risau.p masuk, nnti demam"
berbaur arahan bunyinya.tapi dia? sampai rumah apak juga menggigil, apak juga diserang demam ntah berapa hari. tapi dia xkisah. terlalu kerap berpanas berhujan menguatkan sistem pertahanan badannya.
"apak xkisah jalan hujan2.tapi xnak la nnti xpasal2 kamu pulak yg demam.."
mungkin dia tidak pernah meluahkan rasa kasih sayangnya.tidak pernah terlafaz ungkapan sayang dari bibirnya.tapi jauh disudut hati dia sangat mencintai anak2nya.kasih sayang yang terlalu membuatkannya tidak segan silu berpanas berhujan mencari nafkah utk tanggungannya. bukan sedikit perihnya. gelisah derita dipendam sendirian supaya tidak menyakitkan yang lain.cukuplah dia sendiri yang merasa.tak usah dikongsi kerana baginya kebahagiaan itu yg patut kami rasai. bukan masalah bertimbun yg dia pendami sendiri..
ya Allah, apakku ini telah terlalu banyak berkorban, bahagiakanlah dia, sejahterakan dia, berikanlah yg terbaik untuk dia, selamatkanlah dia dunia akhirat..
tenangkanlah jiwanya, suburkanlah hatinya dengan nilai ketaqwaan kepadaMU, jadikanlah dia dalam kalangan mereka yg Engkau redhai..
ya Allah, dia telah begitu ikhlas mencintaiku.tunjangkanlah kecintaan itu atas paksi cintaMu..
berilah dia kekuatan menghadapi liku2 hidup didunia ini..
semoga setiap tindakannya mendapat redhaMu...
satu, kasih nan abadi tiada tandingi
Dia yang satu
dua, sayang berpanjangan
membawa ke syurga kasihnya ibu,
tiga, lapar dan dahaga
rela berpayahan
kasihnya ayah,
empat mudah kau kutemu
berhati selalu beza antara,
kasih dan kekasih,
ibu kuingat dahulu menyisir rambutku
kemas selalu
ayah menghantar ke sekolah bergunalah ilmu bila dewasa..
Dia yang satu
dua, sayang berpanjangan
membawa ke syurga kasihnya ibu,
tiga, lapar dan dahaga
rela berpayahan
kasihnya ayah,
empat mudah kau kutemu
berhati selalu beza antara,
kasih dan kekasih,
ibu kuingat dahulu menyisir rambutku
kemas selalu
ayah menghantar ke sekolah bergunalah ilmu bila dewasa..
p/s: ayah cuma satu di dunia, hargai dan sayangilah mereka..[ibu juga..]
p/s2: dapat info kata hari bapa 21 jun.erm, xpe2 nnti wish lagi sekali..=)
p/s3: hidup hanya sekali, jangan biar diri menyesal andai xsempat cakap i luv u kat dia..




2 comments:
happy father's day pak cik jamil..
u've such a great daughter..
-penghuni kamar 31-
penghuni kamar 31
thx..
i miss him..
T__T
Post a Comment