kami berkembara. setelah hampir setahun bermusafir di bumi indonesi, pertama kali berjalan2, makan angin melihat kebesaranNya. lucu? biarlah. i'm hepy for the whole day!
dengan 6 lagi teman, anah izzah ika kak lala kak shu n faralee n pak supir beserta avanza hitam hari itu dimulakan dengan basmalah.
lokasi= ladang strawberry, kawah putih dan situ patengan. (dekat je, xsampai bali lagi..)
banyak juga strawberry yang dipetik.kepuasan itu terasa! masing2 tahap jakun xingat bila tengok strawberi. haha
ondaway ke kawah putih, hawa kedinginan mulai terasa. angin pagi yang sudah mula menginjak tinggi itu tetap nyaman macam dalam aircond.kiri kanan cuma pohon2 pokok nan hijau saujana mata memandang.sejuk.keren!
sampai dilokasi kawah putih, beli glove.beli scarf.bkn scarf sign.ke mafela?neckerchief laa.ntah.sebab sejuk sangat.walaupun merupakan kawah gunung berapi, ketinggian Gunung Patuha yang pernah meletus dulu2 kala cukup sampai menggigit tulang. dan hujan pun turun.tambah la lagi kedinginannya. hujan rahmat, anugerah Allah buat hambaNya yang tengah mengembara. alam penuh rahsia melambaikan sambutan penuh mesra. kita kena positive thinking! =)
dan di kawah putih...
subhanallah..itu sahaja kata2 yg mampu dilafazkan.cantik.indah.penuh misteri.nampak putih bersih.saat angin semilir menerpa lembut, semerbak bau belerang menusuk hidung.fara celup kaki kat air kata air dia suam2 kuku.walaupun tengah hujan.masyaAllah..
dulu kawasan pergunungan ini merupakan tempat penambangan(perlombongan) sulfur dan sekarang jadi tempat tumpuan ramai.itulah, keindahan alam ciptaan Allah, tiada siapa mahu melepaskan peluang merasakan nikmatnya. hanya yang mengerti dan mencari tahu disebalik makna setiap ciptaanNya..
tempat seterusnya, situ patengan. situ itu makna danau atau tasik.besar ya amat!
saat naik bot, semua pucat lesi. sebab apa? sebab sebesar2 situ dan bot tu, satu jaket keselamatan pun takda! dan pakcik tu hanya mendayung sampan, bukan menggunakan enjin bot berkuasa tinggi. tapi itu lebih baik.bisa tenteram.menikmati keindahan.
bole ke kamOo2 semua?? ke semua diam sebab takut?? haha..
innallaha ma'ana, sesungguhnya Allah ada.bismillahi tawakkal tu alallah..kami panjatkan tawakkal hanya padaNya..
ada mitos disebalik pulau yang dituju. pulau asmara katanya. punya batu cinta. dikatakan sesiapa yang ke sana bersama kekasih hati akan kekal selama2nya hubungan itu.saya lupa sejarah dia walaupun dah baca.
tapi itu mitos semata, yang berkuasa hanya yang satu.Dia sahaja yang kekal abadi.titik.
sungguh, untuk sehari suntuk itu terlalu banyak kebesaran Allah yang telah dinikmati. untuk mereka yang benar2 berfikir akan merasakan betapa bersyukurnya hidup dalam nikmat dan kurniaan yang tidak berbelah bagi ini. hikmah kembara.itu setepatnya.merenung dan menghayati keagungan ciptaanNya di samping merehatkan minda. segarnya.lame tak hirup udara sesegar itu.
di mana saja berdiri memijak bumi, menjunjung langit yang luas, kita tetap hambaNya.
anugerah alam, tiada taranya. dalam kita mencari keredhaanNya, semoga ditemukan apa yang kita carikan.kembara mengenal kasihNya.kembara mencari iman dan taqwa.
p/s: saya seronok! saya gembira
p/s2: lain kali pergi tempat lain pulak eh.
p/s3: banyak gambar yang xleh tayang.:P
p/s4: jom kembara mencari kasih..=)





8 comments:
hepi2..alhamdulillah~
diberi peluang untuk menyaksikan kebesaran Allah~
next time pergi tmpt lain lak ok!
tp waktu tu kene ade camera dslr la ..baru la x jeles ngan kang photographer! hehe
yosh! jom kumpul duit~ muka farah dh cam nk nangis tgk camera sorg pelancong tuh..sabar ek farah..haha
-penghuni kamar 31-
siyes x leyh lupa camne muke sorg2 waktu lam sampan tuh..kecut bukan main..
sy mmg dh mengucap awl2..rasa mcm nk kol umi abah je, nk mintak ampun..haha
siyes x leyh lupa camne muke sorg2 waktu lam sampan tuh..kecut bukan main..
sy mmg dh mengucap awl2..rasa mcm nk kol umi abah je, nk mintak ampun..haha
penghuni kamar 31
haha..
memangla cuak semua orang.semua pakat nk turun dari sampan terus jek p duk kenang pakcik tu rasa cm sian lak kalo xjadi kan..
tapi xpe, pengalaman.
next time JANGAN buat lagi! haha
alhmdulillah, hepy jugak..=)
saya nk jd ur 1st model tk camera dslr nnti.ingat tuh! hak3
sabo eh farah n u too pon!
:P
wuwu~ tak pernah pergi kwah putih lagi..
sungguh sedih sekali sebab nampak cantik sangat
puding caramel
pergilah sementara blom balik.
best~
cantik2..hehe
promote2
=)
nak itot..
next tyme mun da rezki kmk g bandung, mbak la kmk g cya..
we will b frens 4ever mun ekot myth ya la..
but then, pg ka x, we will still b frens 4ever.. InsyaAllah~
ज़रीफ़ह अदीलह
haha..ok2
datanglah ctk.kita round la mana2 tempat yang best rah ctk..
i'll be ur tourist guide.p mun sesat xtauklaa.:P
dengan izinNya, ukhuwah ini akan berkekalan..frens for ever.aminn
=)
Post a Comment