Saturday, 31 October 2009

oh la di da

terasa mahu mengupdate blog. walaupun saya tidak punya idea yang best.

sudah dua minggu masuk system baru. neurobehaviour and special sense system aka NBSS. sudah dua minggu juga saya bersama-sama dengan teman setutorial yang semuanya perempuan. girls. ladies. pertama kali bertutorial dengan grupmates yang semuanya perempuan. dan rasanya mungkin betul kebetulan. kebetulan yang entah macam mana boleh terjadi. bukan satu group je semua perempuan. ada dua. juga ada tutorial yang semuanya lelaki. seorang lelaki dan semua perempuan. juga seorang perempuan dan semua lelaki. perumpamaannya 'seperti perempuan masuk di dalam sarang penyamun' take note, bukan saya yang cakap.tapi dosen saya ok~


seronok pulak bila semuanya perempuan. segala macam benda boleh dilontarkan secara telus. lebih-lebih lagi bila dosennya juga perempuan.seronok~

minggu kedua ini saya belajar banyak perkara.
case study : seorang kanak2 berusia 2tahun yang ditemani ibunya mampir ke emergency room dengan chief complaint, muntah2 sejak 3 hari yang lepas, looking sleepy, dan susah hendak dikejutkan, mild fever with flu like symptoms and 2 generalized seizures.(sawan).hasil history taking, physical exam, lab findings, neuro exam, ct scan and chest xray exam, dia disahkan positive tuberculosis meningitis, with suspected lung TB. sejenis infeksi bakteria pada meninges. meninges itu lapisan membran yang membaluti otak manusia. ada tiga lapisan. dura, arachnoid and pia.


sebenarnya nak cerita pasal dosen saya yang seorang ni. sudah agak berusia. punya kefahaman yang sangat baik dalam ilmu kedokteran. setiap apa yang dibahaskan dalam case akan dikaitkan secara tidak langsung dengan segala aspek kehidupan manusia. betapa agungnya penciptaan Allah. hampir semua yang dibahaskan berkaitan dengan otak manusia dikaitkan dengan bukti kebesaran penciptaan tuhan.tambahan lagi bila apa yang dibahaskan berkaitan dengan otak manusia.pusat kawalan segala macam aktiviti manusia.belajar anatomy.dan physiology.juga embryology.sudah cukup utk menggambarkan kekuasaan dan keagungan Sang Pencipta. beruntung kan bila kita benar-benar mengerti. sangat beruntung jika kita turut mengaplikasikan dalam kehidupan. ilmu kedokteran adalah sebahagian kecil daripada cabang ilmu Allah yang maha luas. sudah jelas tertulis dalam al-Quran segala bentuk kebesaran penciptaan Allah swt. makin diteguhkan dengan bukti2 penemuan sains dan saintifik. maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan..


besar manalah sangat inche brain tu kan. tapi disitulah pusat pertukaran segala impuls. maklumat dihantar melalui jalur-jalur saraf yang maya pada pandangan manusia.
putaran cairan otak(CSF) yang berfungsi melindungi central nervous system dari trauma(actually, byk lagi fungsinya) saban waktu terjadi.bagi nutrient. menjalankan rutin yang telah ditetapkan kejadian penciptaannya.lapisan-lapisan membran juga menjadi pelindung setia mr brain. ditambah dengan perlindungan tempurung kepala @ tengkorak yang keras, maka selamatlah mr brain dari mara bahaya.


ini cerebrospinal fluid(CSF) punyer circulation

sayangnye Allah kat kita kan.setiap saat nikmat yg dikurniakan tak pernah putus2 datang. tapi sedikit sekali kita bersyukur. cuba bayangkan bila satu masa tu Allah lupa kan kita.takyahlah cerita pasal brain, tapi kita ambil contoh paling mudah, bila mana Allah putuskan bekalan oksigen beberapa saat.cuma beberapa saat. masih bernyawakah kita?

berbalik kepada doctor saya. dia mengajar saya berfikir dengan lebih2 lagi semasa di ruang tutorial.bukan sekadar belajar kerana mahu exam dan kerana mahu menjadi doctor, tapi berfikir sebagai hamba Allah yang bersyukur. pada tiap2 kejadian itu terdapat tanda kebesaranNya.semoga taufik dan hidayah Allah akan sentiasa bersamamu wahai doctor.saya titipkan doa semoga hari2 mu bertambah berseri dalam meniti cahaya keredhaanNya.

p/s: dosen tu lecturer.

p/s2: ada orang cakap saya terlalu banyak berfikir dan menganggap saya punya banyak masalah. am i? kamu tidak kenal saya.so do not judge.


p/s3: exam.hailoh2.hari isnin ni laah..all da best semua.jgn malas2~


p/s4:ada cerita yang menggugat rasa. ada hajat yang menggunung tiba.tapi saya tak punya kekuatan utk ke depan mendabik dada.(apa saya ckp niii)


p/s5: saya mengarut ni.byk benda kena fikir.

p/s6: teringat tazkirah mimi berkaitan dengan syuku
r..:)

Monday, 26 October 2009

Aku bukan siapa-siapa, tapi aku benar sayangkan kamu..

assalamualaikum.terlalu lama mendiamkan diri. berhabuk ini blog. dan kala ini saya tidak pula ingin bermadah. sekadar berkongsi satu puisi yang saya ketemui di alam maya. yang saya kira cukup bagus untuk dihayati bersama. saya dapat dari blog ini. sila [klik]

buat sahabat yang saya sayangi, mari hayati dan renungkan ini puisi.moga bisa jadi muhasabah diri..

bismillahirrahmanirrahim~
dengan nama ALLAH yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

tangan ini kaku
bibir ini kelu
tapi biarlah hati ini yang bermadah..

aku bukan siapa-siapa
tapi aku saudaramu yang sayangkan kamu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku sahabat yang percayakan kamu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku ingin sekali dekat dengan kamu

andai dihitung nilai dunia
akan sama nilainya dengan nilai seorang wanita

aku wanita
kau juga wanita
nilai kita tinggi
dan kita juga ditinggikan oleh Allah dan RasulNya

pernahkah kita terfikir
kenapa agaknya aku dilahirkan sebagai seorang wanita
kenapa aku terpilih menjadi seorang gadis
dan kenapa aku terpilih menjadi seorang ibu

semuanya tercatat di LUH MAHFUZ
aku tidak tahu
kau jua mungkin begitu

namun, yang pasti
ciptaan Allah itu tidak sia-sia

kau wanita dilahirkan dalam keadaan sempurna
sempurna rupa paras dan sifat
menjadi begitu indah di pandangan lelaki
menjadi buruan ramai pemuda

senyumanmu menawan
matamu indah
tanganmu lembut
siapa yg tidak tertawan dengan keayuanmu
siapa yang tidak tertarik dengan gelak tawamu
siapa yang tidak terpikat dengan kelembutanmu


namun, wanita
bukankah ciptaan Allah itu sudah cukup sempurna?
dan Allah Maha mencipta segala sesuatu..

jadi
kepada siapa senyummu yang indah ditujukan
kepada siapa sebenarnya matamu yang ayu ditatapkan
kepada siapa tanganmu yang lembut dipegang erat?

senyumanmu bukan untuk dia
matamu bukan untuk dia
tanganmu bukan jua untuk dia
kerana dia belum lagi bergelar SUAMImu
dan kerana dia belum layak lagi mendapat habuan itu..

aku bukan siapa-siapa
tapi aku mahu tersenyum bersama kamu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku mahu memegang lembut tanganmu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku saudaramu
yang kasihkanmu

aku ingin kita tersenyum disana
aku ingin kita berpegang tangan disana
aku ingin kita bersama disana

dunia ini hanya pinjaman
keseronokan hari ini akan hilang
kegembiraan hari ini akan pudar
andai hari ini kita masih terjerumus dalam dosa

Allah berfirman:~

"..bukan membuat dosa itu yang membuat Aku benci pada kamu..
tapi, akibat BERTERUSAN DALAM DOSA itu membuat Aku benci kepada kamu..."

nauzubillahiminzalik
janganlah Allah membenciku dan kamu..

aku tujukan ini bukan kepada yang bercouple
aku tujukan ini bukan juga kepada yang tidak bercouple

tapi aku tujukan ini buat sesiapa yang bergelar wanita
aku tujukan ini buat yang bergelar muslimah
kerana aku bukan siapa-siapa
aku juga seperti kamu

nilai kita tinggi
kita ada "madu" yang manis sekali
dulu aku tak mengerti manisnya madu yang aku punya
tapi sekarang baru aku fahami
madu itu akan bertambah manis lagi jika disimpan rapi

aku bukan siapa-siapa
dan kamu juga bukan siapa-siapa
kita sama disisi ALLAH
kerana itu aku sayangkan kamu

memang susah
memang payah
aku juga seperti kamu
aku juga rasakannya
kerana aku bukan siapa-siapa
aku juga manusia

tapi bukankah Allah telah berjanji
barangsiapa yang sabar melakukan kebaikan
maka Allah balas mereka dengan nikmat dan rahmat

memang nikmat itu lambat
memang nikmat itu tak terlihat
tapi yakinlah..
ia ada dihadapan nanti

cinta itu akan hadir
usah risau siapa
usah risau bagaimana
kerana semuanya telah tertulis di luh mahfuz lagi
Allah Mengetahui, padahal kamu tak ketahui

oleh itu
hiaskan diri kita dengan hiasan malu
tutupi aurat kita
jagalah pergaulan kita
kerana semuanya dalam pemerhatian Allah
Allah tahu padahal kamu tidak tahu..

wahai insan yang bergelar muslimah
masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan
janganlah kamu ambil separuh, buang yang separuh
kerana Islam itu indah
dan ALLAH juga indah
ALLAH juga suka yang indah-indah

dan seindah perhiasan ialah
wanita solehah~


aku bukan siapa-siapa
tapi aku benar-benar sayangkan kamu...

kredit to 'keyla' (saya xkenal siapa). sedang belajar di czech republic.
nice puisi though.cukup tersentuh membacanya.

ketahuilah sahabat2ku, aku amat menyayangi kamu semua.sedar diri ini bukan siapa-siapa, tapi sayang dan kasih ini tidak akan pernah pudar..

p/s: sekarang ni macam terlebih oversensitive.huhu

Saturday, 3 October 2009

sempat ke nak jadi tua?

sesiapa ada study tips x? kenapa dan mengapa makin malas nihhh

belek-belek paper concept of aging,

Aging is a natural, lifelong process that brings with it unique biopsychososial changes. there is a general decline in structure and function of the body with advancing age, resulting in a decrease reserve capacity of the various organ systems, including the integumentary, musculoskeletal, cardiorespiratory, nervous, sensory, immune, gastrointestinal and genitourinary systems. among the functional disorders that are common in the older population are urinary incontinence, instability and falls, sensory impairment, depression, demetia and delirium...bla..bla..

erm.bosan? nak baca tu kena time yang sesuai kot.bukan waktu mata merayu-rayu untuk minta dirinya direhatkan.

tapi 'aging' tu konsep yang best dan penting. bukan untuk belajar semata2 sebab dlm medical school tapi sebagai makhluk muka bumi.

tau x, countdown start from birth..

muda-muda ni mesti cantik2, ramai yang puji, muka awak lawa laa.awak xguna make up pon cantikla.natural beauty tu. itu la.ini laa..bla..bla..

bila dah tua. kerepot sana sini.bongkok sampai tiga. kaki pon dah xmampu nak jalan jauh. ada yang boleh baring je kat katil.macam2 penyakit datang berlabuh.kencing manisla.lemah jantungla.heart attack la.lemah badan la. nak qada hajat pun kena orang yang tolong. dah macam baby balik.macam zaman muda-muda dulu kala.

hukum alam. ada awal ada akhirnya. ada mula ada penghujungnya. ada muda ada tuanya.

ramai yang berperi, sekarang zaman muda. masa untuk enjoy! kita kena manfaatkan masa ni.nanti dah kerepot mane boleh dah nak enjoy sana sini.

boleh sangat untuk enjoy. berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. tapi pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah. zaman muda lah waktu yang terbaik untuk mengumpul sebanyak mana pahala yang bisa dikumpulkan. Tuhan mencipta bumi, langit, syurga dan bintang-bintang untuk makhlukNya. Dia mencipta manusia dengan kejadiannya. sebagai insan Ilahi kita wajar menginsafi kejadian diri. manusia yang beruntung ialah manusia yang sentiasa beriman dan mengerjakan kebajikan serta manusia yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

mau jadi insan beruntung? mulakan dari sekarang. guna nikmat usia sebaik-baiknya. jangan pernah merasa tidak berharganya usia kerna itu bisa melalaikan dalam meniti hidup yang penuh gaya jalurnya.

saya juga kena beringat. saat kematian itu tidak pernah mengira usia. satu fakta dan ketentuan yang cukup melemaskan. Dia yang berkuasa menentukan segalanya. kerja tuhan siapa tahu? kita yang diciptakan dengan kelemahan perlukan panduan dariNya. teguh pada amal dan ibadah, usia yang dikurniakan tidak akan pernah sia-sia.
dunia cuma persinggahan. kita cuma menunggu berteduh, cukup masa, kita juga akan berangkat seperti yang lain-lain.

pusara nenda..

jangan tunggu sampai tua untuk mengecap nikmatNya keberadaan bersama tuhan. saya belajar. saya masih mengejar. saya masih mencari kekuatan. terkadang terjatuh ada yang membangunkan. terkadang terleka ada yang mengejutkan. syukur tak terhingga punya teman2 yang tidak pernah segan menjadi pembimbing. sehingga saya sedar betapa berharganya sebuah usia.

aging, proses penuaan berlaku sepanjang masa. dah cakap kan, countdown tu start from birth!
so, jangan segan silu mencari tanda-tanda anda sudah berusia! dan jangan lupa aplikasinya. renung2kan kembali. bisa jadi tazkirah pada diri sendiri.


p/s: hati tidak tenteram~

p/s2: semakin malas study nih. sesiapa ada tips rajin study sila buzz saya.

p/s3: salam aidilfitri. hari ni 15 syawal. bergayakah maruah kemenangan kita di pagi syawal dimataNya?

p/s4: bai. wslm wbt.

Sunday, 13 September 2009

Enjin Carian ImHALAL

assalamualaikum..
hanya sedikit perkongsian dari seorang teman. semalam mendapat tahu ada search engine halal dari mesir yang baru launch last week. dan dibagitau bahawa kalo search apa2 je insyaAllah akan berlapis dan possibility utk dpt benda yang xsepatutnya adalah nil.zero. benda yg xsepatutnya ni macam porno n lucah n sewaktu dengannya lah.. n kalo mmg nak carik pasal benda macam tu, website tu akan cakap HARAM. whoa, mcm best kan..

so, saya pon mencubalah untuk mengetest.hoho.adakah word ni? bila dah cuba tu mmg betullah. best pulak..nak try? meh klik [sini]

berita selanjutnya boleh baca petikan artikel ni..


KAHERAH: Enjin carian internet baru 'ImHalal' mula memenangi hati pengguna internet di Mesir walaupun baru beberapa hari diperkenalkan.



"Enjin carian baru ini bagus," kata Marwa Adeeb, seorang kerani bank Mesir kepada web Islam Online.

"Seorang rakan sekerja saya memberitahu mengenainya. Saya tidak pernah berhenti menggunakannya sejak itu."

Enjin carian berdasarkan nilai Islam itu dilancarkan minggu lalu di mana ia menapis kandungan internet yang disifatkan penciptanya sebagai hanya mengandungi halaman web bersih yang tidak mempunyai bahan lucah.

Ia memberi peluang kepada umat Islam seluruh dunia untuk membuat carian di internet dengan selamat tanpa berhadapan dengan kandungan yang berunsur lucah atau salah.

Sebaik saja pengguna menatap kandungan yang dikategorikan 'salah', enjin carian akan bertukar kepada satu nasihat.

Apabila pengguna mencari perkataan seperti 'seks' atau 'bogel', misalnya, enjin carian akan terus memberitahu pengguna bahawa keputusan pencarian itu mengandungi bahan yang haram atau bersifat tidak Islam.

Enjin carian Islam pertama di dunia itu boleh diperoleh dalam 15 bahasa termasuk Arab, China, Parsi, Turki dan Bahasa Inggeris.

Di Mesir, lebih 90 peratus daripada 80 juta penduduknya beragama Islam dan sekitar 12 peratus yang menggunakan enjin carian baru ini dianggap memberikan mereka apa sebenarnya yang dicari.

Pengasasnya, Reza Sardeha, 20, pelajar Iran-Kuwait yang tinggal di Belanda berharap enjin carian baru itu akan menjadi halaman pencarian nombor satu di kalangan pengguna Islam.

Paling mengejutkan, 'ImHalal' juga mendapat sambutan daripada penduduk minoriti Kristian di negara itu. – Agensi

sumber : sila [klik]

ni has lagi yang cakap.teman yang kenalkan tu yang syorkan tuk bagitau ramai sal benda lain. mana tau boleh kurangkan dominasi yahoo, google, bing n lain2. xsalah mencuba benda baru.tambah2 benda baik macam ni. bulan ramadhan bulan perubahan. berubah ke arah yang lebih baik itu matlamat yang patut kita kejar.kan3.. =)

p/s: penat wat screenshot. 1st tme. dan xreti. nasib baik org yg ajar tu sabar je.hoho.thx yer..^_^


Friday, 11 September 2009

ranting.bukan kayu.

kenapa susah sangat nak update blog..

seumpama ada satu hijab yang menghalang. ada banyak mata yang memerhati setiap gerak geri. betapa kita fikir sempurnanya tingkah laku, betapa kita fikir sempurnanya perbuatan tanpa salah silap, kita salah umpamanya.

"banyak mata yang yang memerhati setiap gerak geri"



deyy has,, ada benda yang u xnampak pada diri yang u nampak betul tapi tidak pada orang lain. u xsedar orang lain nampak paling jelas apa yang u buat selama ini. beside Him. Allah knows. the most.

so much things happened sampaikan rasa xlayak nak berbisik lagi di sini. balik sana tak dapat nak selesaikan apa2 pun. n u said, xmo kisah sudah. betul ke tu has??

hari ni dah 23 ramadhan. sepuluh malam terakhir tengah berlayar mencari hamba Allah yang bertuah. layakkah has? Allah, ramadhan dah nak berlangsung pergi. setakat mana penghayatanmu di bulan mulia ni? pasti rindu mengundang nanti...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

nak letak sekali dedication untuk teman yang tersayang. selamat hari lahir dear. walaupun dah lebih 2 hari. 090909, a nice date. the very the one.

u said nak kahwin pada tarikh ni. sebab cantek. n its ur bfday. but then.. saya menghalang. kena tunggu saya habiskan belajar dulu, balik sana dan jadi pengapit.haha. xpun dapat datang ke majlis tu. xnak ketinggalan. n yes, she's agree. kejam ka??

xla. sebab dia muda lagi. baru 20. dan saya tatau dia dah ada calon kah? ada kah shaireen darwina?

shaireen darwina @ ein @ shai.

u turn 2o dah. so much things kena hadap. banyak benda yang akan lalu. pengalaman semalam cukup berharga untuk setiap masa yang bakal dijalani. setiap jejak kaki akan menghala ke arah mana kehidupan. pandai2 lah memilih. setiap yang ditakdirkan untukmu tidak akan pernah melangkaui keterbatasanmu.Dia tidak akan membebankan. just be wise.

a wise man is able to adapt to the surprises of life as water to the decanter it is poured..

to live well or live hell, u choose..
you see we all have a path to choose, thru the valleys n hills we go, with the ups and downs, never fret never frown. Allah knows..

wink at small faults, for you have great ones yourself..

have faith. living without faith is like driving in a fog. no matter what, inside or out, there's one thing of which there's no doubt, Allah knows.....

life is short but a smile takes barely a second..

moga jadi muslimah terbaik.berjuanglah sayangku. tanpa mengenal penat dan jemu. biar hidup kita derita dengan usaha. kelak kita akan dimulia, jika tidak di dunia, pasti nun di syurga..

di sana, ada cita dan tujuan
yang membuatmu menatap jauh ke depan
di kala malam begitu pekat
dan mata sebaiknya dipejam saja
cintamu masih lincah melesat
jauh melampaui ruang dan masa
kelananya menjejakkan mimpi2

lalu di sepertiga malam terakhir
engkau terjaga, sadar dan memilih menyalakan lampu
melanjutkan mimpi indah yang belum selesai
dengan cita yang besar, tinggi dan bening
dengan ghairah untuk menerjemahkan cinta sebagai kerja
dengan nurani, tempatmu berkaca setiap kali
dengan cinta yang selalu mendengarkan suara hati

teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang
menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban
menyeru pada iman
walau duri merantaskan kaki
walau kerikil mencacah telapak
sampai engkau lelah, sampai engkau payah
sampai keringat dan darah tumpah

tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum
di jalan cinta para pejuang

Salim A. Fillah


buat teman yang menyambut hari kelahiran pada 10 september semalam, selamat hari lahir juga. n this post pun for u. ^_^
moga jadi insan terpilih, insan hebat di mata Allah. yuk kita ramai2 rebut sepuluh malam terakhir bulan ramadhan tahun ini.

petikan dari lagu Allah knows, Zain Bikha. thx to zarifah adilah.=) saya pun mula suka lagu ni! nak dengar? sila [klik]

Thursday, 3 September 2009

Hi!

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt.

its been a long time.quite some time leaving this blog. 2 months, bukan sekejap tu. betullah kata orang bukan mudah nak mengerjakan balik apa yang telah lama kita tinggalkan. banyak perkembangan yang masih teraba-raba untuk diikuti. tercampak kat bumi darah tumpah tanpa internet connection memanglah xbest.

so, ni kira come back lah ni. hello fellow friends. miss me aa?? ^_^

dah hampir seminggu bertapak di bumi indonesia kembali. dah pindah dah dari bale padjadjaran ke kosan flamingo. buku2 masih bertapa dalam kotak sebab xda rak buku lagi. banyak benda xsettle down lagi. time table tuk sem ni boleh tahan gak pack nya. siapa kata 2nd year tahun honeymoon? nak cover endocrine punya system bukan senang. lepas tu nanti neuro pulak.

dan sekarang ramadhan al mubarak. dah 14 hari dah. alhamdulillah masih lagi bernafas kala ini dengan nikmat2 yang tiada taranya dari Dia yang satu. macam2 pengalaman berpuasa dan berbuka di flamingo dah lalu. kalau kat bale dulu dekat je. skrg ni dah terlalu jauh.

perkarangan unpad dah jadi highway! 2 bulan je pon tinggal. memanglah cantik je kalau tengok, xde lah berdebu sangat. tapi yang xbestnya jalan makin sesak. nak melintas ke seberang sana jalan makin cuak pulak. dengan lori besar bertan2, motosikal yang banyak. bahaya kalau xreti melintas.

pengalaman pertama dlm masa seminggu kat bandung ni, boleh rasa gegaran gempa bumi yang terjadi berpuluh kilometer dari unpad. sedang duduk riang ria bertutorial dengan grupmate baru tiba2 bangunan 3 tingkat tu boleh bergoyang-goyang macam kena tolak dari atas bawah. dosen pun dah nampak terhuyung hayang. semua tahap cuak xingat sampaikan ada yang terus turun bawah tinggalkan beg n buku yang ada. memanglah xleh jangka. bak kata pakar gempa bumi kalau nak cari tempat yang selamat kat indonesia ni kalimantan je lah. kalau gtu baik balik sarawak terus. aman damai je.gempa bumi berukuran 7.3 skala ritcher tu bukannya xteruk. ramai je yang terperangkap dan meninggal. kat bandung pun ada jugak yang mati..hmm

lagi benda jadi dalam tempoh xlebih dari seminggu ni, kena buat kad atm baru sebab kad atm tu kena curik. lepas tu boleh lak kad atm kawan kena telan dek mesin tu. apa makan2 kad ni? lepas tu hp sorang teman ni pulak kena curi petang tadi. aduh, dugaan sungguh..

apa2 pun memanglah xleh jangka apa yang bakal jadi hari esok. sekarang ni pakai internet yang limited punya, xleh on9 lama2. lepas raya nanti insyaAllah akan tukar balik jadi unlimited. lagi senang nak bercerita. nak melontarkan apa yang ada.

till then, jaga diri semua!

Monday, 6 July 2009

bukan sekadar entry~

akhir2 ini blog ini seringkali sepi.sunyi tanpa sebarang entry. apalah khabar tuan punya blog kan..
kenapa mendiamkan diri ye. saat-saat mahu pergi seharusnya meninggalkan pesan buat sahabat2 yang masih berjuang.

tapi, lebih baik begini. tanpa ungkapan apa-apa mereka mengerti saya sudah mahu meninggalkan. lebih baik begitu. kerana saya pernah merasa ditinggalkan juga saat mereka kembali ke tanah air. lama dulu. februari lepas. dek kerana faham perasaan kala itu tidak ada status ym or fb berkaitan tentang mau pulang dipamerkan. saya mengerti kawan-kawan..

apa khabar tuan punya blog? insyaAllah dalam keadaan sihat. doakan saya ye. semoga lepas di immigresen nanti. berita dari kedutaan besar Malaysia semalam benar-benar mencuakkan saya. semua sign n symptoms tu ada pada saya. sudah ke klinik. dikasi amoxicillin dan flurin. flurin boleh terima. utk nasal congestion n cough.tapi antibiotic?

ok, dah selesai pasal tu. banyak dugaan sebelum balik ni. daripada fiskal sampailah benda sepenting passport. semuanya ada cerita disebaliknya. tapi biarlah berlalu dibawa angin pagi.

sebetulnya, tak patut pun saya wat entry pasal ni. tapi can't help myself! sebab blog ini akan sentiasa sunyi sepanjang tempoh masa saya bercuti. xde internet connection laa kt umah. so ini kira entry penutuplah sepanjang 1st year nih.(tapi tatau la kot2 boleh update nnti) nanti sesiapa yang rindu tu rajin2 lah contact saya ye.hehe

rasanya xperlu panjang2 sebab barang2 saya banyak lagi yang belum disumbat ke dalam beg.
just nak pesan jaga diri eh kawan-kawan semua. jaga kesihatan. jaga badan. jangan sampai flu dan demam okay~ untuk yang exam tu buat molek deh. saya doakan kejayaan kamOo semua.
niatkan semua tindakan kerana Allah. belajar kerana Allah. dan begitu juga semua hal2 lain. insyaAllah akan dipermudahkan. sedarilah kamu semua insan terpilih untuk menghadapi ujian ini. kemampuan kamu telah Dia tetapkan, jadi yakinlah dengan janji Allah..
jangan malas2 ye..=)

ok, kita stop sini lah. sedihnya nak tinggalkan blog ni. dan juga bale terchenta ini. juga ibu bale.huhu

p/s:terima kasih kepada sahabat2 terchenta yang telah bersama2 saya saat susah senang sepanjang tahun pertama nih. sungguh benar2 saya menghargainya..

p/s2: tolong jaga Ukhuwah saya bagi sesiapa yang berkenan. pastikan Paun, Mr Globbie dan 'dia' serasi bersama ye..=)

p/s3:dah beli mask banyak2.tapi susah nk pakai. nnti korg semua amik je mask kt klinpad tu. dia kasi free je.xyah beli2.

p/s4:kepada yang bakal memunggah barang2 saya nnti, terima ksih banyak2 ye. anda2 telah menyenangkan kerja saya. ni yang sayang lebih ni..hehe

p/s5:jangan rindu saya! tapi mestilah rindu kan.haha..

p/s6:sesiapa yang terasa hati ngn saya tu harap diampunkan ye.sorry!

p/s7:terima kasih atas masa sengganng kamOo2 menemani dan menbaca ini blog.

p/s8:saya pun skang macam dilemma fikir sal blog nih. mcm lagi byk main dari manfaat. mcm nk delete je blog.syndrome sorg kakakku yg skrg menjangkiti diri ini.haha

p/s9:ok, dah banyak sgt dah p/s nih. ok, t.cre! jaga diri! next sem kita jmp lagi!

p/s10: ok, ini last! doakan saya utk memanfaatkan cuti ni sehabis baik ye. xmo lalai2. kamOo2 jugak eh!

p/s11: ok2.t.care semua!wassalamualaikum. bai!

yang ni last.
p/s: sayang kamOo semua~

=))